السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam Sejahtera,
KEPADA SEMUA AHLI KKAUM,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pendaftar telah meluluskan serta memperakukan permohonan pelepasan bagi menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa Kali Ke-62 dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-63, mengikut ketetapan sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam notis sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kelulusan ini adalah tertakluk kepada:
- Kebenaran Ketua Jabatan masing-masing; dan
- Tidak menjejaskan tugasan kerja harian, khususnya tugasan kritikal yang sedang dilaksanakan.
Pihak Kesatuan merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan pengurusan dalam memberikan kebenaran kepada staf untuk menghadiri Mesyuarat Agung kali ini. Untuk makluman, kebenaran ini hanya terpakai kepada mereka yang merupakan ahli Kesatuan sahaja.
Sekian, untuk makluman dan tindakan selanjutnya.