Dadah Bukan Solusi

Dadah Bukan Solusi

AKTIVITI | 28 Sept 2020 – Satu program sembang santai bertajuk “Dadah Bukan Solusi” oleh Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) yang dikendalikan oleh Encik Mazmir Mohd Amin, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya selaku moderator bersama Panel Jemputan iaitu Dr. Nazira bt Hj. Sadiron, Pengarah AADK Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Studio KKAUM, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

Program ini adalah bertujuan merungkai Stigma dadah di kalangan penjawat awam dan memberi info secara santai serta mengikuti perkembangan teknologi terkini. Siaran secara live podcast ini disiarkan pada jam 2.45 petang dan berlangsung selama satu jam di page FB kesatuan kakitangan am universiti malaya (kkaum).

Terima kasih kepada team KKAUM di atas peluang ini. Semoga bermanfaat.