PINJAMAN KEBAJIKAN UM

PINJAMAN KEBAJIKAN UM

Alhamdulilah, hari ini kita di maklumkan oleh Pihak Bendahari Universiti Malaya melalui Hebahan UMINFO bahawa terdapat PERUBAHAN HAD MAKSIMA PINJAMAN KEBAJIKAN BAGI KAKITANGAN KUMPULAN PELAKSANA UNIVERSITI MALAYA DARI RM 1000 KEPADA 1500.

Perkara ini telah di bangkitkan oleh KKAUM kepada Pengurusan Universiti Malaya atas sebab memikirkan bebanan kewangan staf sokongan yang amat meruncing waktu ini dengan kadar kenaikan barangan di pasaran Malaysia.

Setiap bulan harga barangan di pasaran melambung naik, lebih-lebih lagi ketika ada perkara-perkara utama dalam takwim Kalendar Malaysia, sebagai contoh :

• Musim Perayaan

• Sesi kemasukkan sekolah anak-anak

• Dan lain-lain keperluan mendesak

Sehubungan dengan itu Pihak kesatuan memohon jasa baik Pihak pengurusan Universiti Malaya Sebagai majikan yang mengambil berat tentang kebajikan pekerja untuk membantu meringankan sedikit beban pekerja, dengan Menaikkan nilaian “PINJAMAN TABUNG KEBAJIKAN”.

Semoga dengan adanya bantuan ini staf pelaksana dapat meringankan bebanan yang ditanggung ketika keperluan.

“PEMUDAH CARA STAF PELAKSANA”