TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM 2021

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM 2021

KEPADA SEMUA AHLI /AHLI BERSEKUTU

Saudara / Saudari,

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan adalah dipelawa dari ahli / ahli bersekutu untuk bantuan pelajaran bagi ahli dan anak ahli.

Permohonan adalah dipelawa dari kumpulan pelajar seperti berikut:-

3Mengikuti  A-Levels pada tahun 2020 / kursus Sijil / Matrikulasi pada tahun 2020
4Mengikuti kursus Diploma pada tahun 2020 dengan tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan dan Diploma tersebut diiktiraf oleh MQA.
5Mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Pertama pada tahun 2020

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

1Telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 5 tahun
2Bagi anak ahli, mesti pelajar sepenuh masa dan belum berkahwin
3Seorang ahli layak untuk menerima bantuan bagi satu anak sahaja jika ada lebih dari seorang anak yang layak.
4Permohonan dari pasangan ahli (suami/isteri) untuk anak yang sama tidak akan dilayan.

Sila download borang pada pautan dibawah:-

  1. Sijil
  2. Diploma
  3. Ijazah

Borang-borang permohonan juga boleh diperolehi dari sini atau wakil-wakil Fakulti/Pusat/Jabatan ataupun di pejabat kesatuan Untuk makluman saudara/saudari waktu pejabat kesatuan adalah dari jam 9.30pagi hingga 3.00petang, Isnin hingga Jumaat.   Senarai nombor telefon wakil Fakulti/Pusat/Jabatan disenaraikan dimuka sebelah surat ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu 28 April 2021.  Permohonan yang tidak lengkap atau yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

NORSHIDA ABDUL MANAN

Setiausaha Agung