Ucapan SUA

Ucapan SUA

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian, Salam Perjuangan buat semua ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya. Syukur ke hadrat Tuhan kerana Kesatuan kita sedang bergerak seiring dengan Kesatuan-Kesatuan Sekerja yang lain di Malaysia,selain itu KKAUM sedang menghadapi perubahan persekitaran persaingan lokal yang dinamik, terutama mendepani peralihan cabaran Penjawat Awam dan Pengurusan Universiti Malaya, namun kita bersyukur, dengan tekad dan usaha bersungguh-sungguh semua Pegawai Kesatuan KKAUM dalam mendukung aspirasi ahli-ahli kesatuan mampu berdepan dengan cabaran untuk mencari titik keseimbangan antara membangunkan kapasiti, ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang baru. Keberkesanan KKAUM bukan sahaja terletak kepada pelaksanaan sesuatu dasar semata-mata, tetapi juga bergantung kepada kejayaan berkomunikasi sesama Ahli.

Ahli Kesatuan yang menentukan sejauh mana kemampuan Kami menangani pelbagai isu yang melibatkan kebajikan dan kepentingan Ahli. Oleh itu saya menyeru marilah bersama khususnya untuk membuat anjakan pemikiran, tindakan dan aspirasi baharu serta mendepani masa depan KKAUM dan pihak pengurusan Universiti Malaya. Dengan itu, pihak Kesatuan akan menjadi satu institusi yang bukan sahaja mempunyai pekerja yang berdaya saing tetapi turut sentiasa mencetus idea-idea baru, berdaya maju, mempunyai mentaliti terpuji dan mendepani masa, lantas dapat memenuhi ciri-ciri sebuah Kesatuan yang matang dari segi pelbagai tindakan untuk kebajikan Ahli KKAUM

En. Mohamad Hairul Azmir Bin Harun
Setiausaha Agung KKAUM